MENGENAI KAMI


myGovXchange ialah Gerbang Serahan dan Bayaran Online Kerajaan utama kepada maklumat dan perkhidmatan agensi Kerajaan Malaysia menerusi atas talian. Inisiatif myGovXchange dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). MAMPU, adalah sebuah agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk memperkenalkan perubahan pentadbiran di sektor awam untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan keutuhan Perkhidmatan Awam Malaysia selaras dengan matlamat negara.