SOALAN LAZIM


Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya mengenai Portal myBayar. Sila klik pada soalan untuk melihat jawapannya.


Apa itu myBayar dan myForms?

myBayar adalah pusat perkhidmatan pembayaran online Kerajaan, manakala myForms adalah gerbang serahan borang online Kerajaan.

Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan myForms myBayar?

Semua rakyat Malaysia dan perlu mendaftar dengan Portal myBayar terlebih dahulu.

Apakah faedah dan kelebihan perkhidmatan myBayar?

Melalui myBayar, pengguna boleh membayar pelbagai jenis bil dalam satu transaksi, di samping melihat amaun bil/penyata secara online tanpa menunggu bil/penyata fizikal dari agensi berkaitan.

Bagaimana cara untuk melihat rekod pembayaran yang dibuat melalui myBayar?

Pengguna perlu login terlebih dahulu dan menyemak pada menu Semak / Cetak Rekod Pembayaran.

Apakah kaedah pembayaran yang digunakan di dalam perkhidmatan myBayar?

Pengguna boleh menggunakan kaedah debit terus dari Akaun Individu (B2C), Akaun Perniagaan (B2B) dan Kredit Kad bergantung kepada polisi yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi penyedia perkhidmatan.

Adakah cetakan resit daripada Portal myBayar ini diterima pakai sebagai resit rasmi?

Ya, resit dari Portal myBayar telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia iaitu resit ini boleh digunakan di dalam sebarang urusan rasmi.

Berapakah caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna bagi transaksi bayaran yang dibuat melalui FPX dan kad kredit?

Caj transaksi adalah seperti di bawah:
B2C = RM0.53,
B2B = RM1.06,
Kad Kredit = RM1.91%

Caj ini hanya dikenakan bagi perkhidmatan bersifat bukan hasil kepada Kerajaan contoh seperti bayaran balik pinjaman dan bayaran zakat. Manakala bagi kutipan hasil kepada Kerajaan seperti bil utiliti dan cukai taksiran, tiada caj yang dikenakan kepada pengguna.